Majlis Penyerahan Tanah Wakaf Oleh En. Rizal Ali Bin Naizali Kepada Majlis Agama Islam Dan 'Adat Melayu Perak (Maipk)

IPOH - 2 April 2019, Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menerima serahan tanah wakaf daripada En Rizal Ali bin Naizali iaitu sebidang tanah kategori bangunan, bertempat di Kampung Baru, Mambang Di Awan, Mukim Kampar, Daerah Kinta.
Pihak MAIPk diwakili oleh En. Suhaimi bin Yusoff, Pengurus Besar, Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Mal & Wakaf telah menerima pewakafan tersebut.
Pihak MAIPk merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Rizal Ali bin Naizali serta mendoakan semoga Allah Azza Wajalla mengurniakan pahala berpanjangan ke atas harta yang diwakafkan, memberkati kehidupan pewakaf serta mengembangkan lagi baki harta yang ada.
Semoga ianya menjadi contoh yang baik kepada masyarakat Islam untuk menyemarakkan amalan berwakaf demi kemaslahatan Ummah.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.