Forum Perdana Zakat di Manjung

Khamis, 20 Disember 2012 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu dengan kerjasama AJK Masjid Alang Iskandar Shah, Kg Dato' Seri Kamsruddin, Manjung telah menganjurkan program Forum Perdana Zakat yang membawa tajuk "Lambaian Zakat". Ahli panel 1 - ialah Ustaz Hj Asad bin Awang, Ahli panel 2- Ustaz Abdul Jabbar bin Mohd Kahar dan moderator ialah Ustaz Ahamad Muzammil bin Arbain yang juga Pegawai Baitulmal Kg Gajah. Kupasan daripada Ahli Panel termasuklah mengajak masyarakat mengenal dengan lebih dekat tentang kewajipan berzakat serta golongan asnaf dan kepentingan zakat dalam arus ekonomi Islam. Disamping itu memberi penerangan tentang peranan MAIPk sebagai organisasi yang berperanan menguruskan kutipan dan agihan wang zakat. Kaedah bayaran zakat secara langsung atau melalui agensi. Turut hadir ke majlis tersebut ialah Yg Dihormati Toh Muda Orang Kaya Kaya Panglima Seri Amar Bangsa Diraja Dato'Abd Wahab bin Dato' Seri Azizul Hassan Orang Besar Jajahan Manjung serta ahli kariah masjid dan penduduk setempat. Kaunter penerangan zakat turut dibuka semasa majlis tersebut. Satu program dakwah MAIPk melalui Pejabat MAIPk peringkat daerah dengan kerjasama AJK masjid di daerah terlibat dalam usaha memperkasakan amalan berzakat di kalangan umat Islam setempat.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.