Kaunter Zakat di PERKESO Ipoh

Rabu, 19 Disember 2012 - Unit Promosi dan Dakwah, MAIPk telah membuka kaunter penerangan zakat bertempat di lobi Pejabat PERKESO Ipoh. Ianya merupakan sebahagian daripada aktiviti promosi untuk memberikan maklumat dan penerangan berkenaan zakat dan kaedah pengiraan zakat pendapatan kepada kakitangan PERKESO. Kaunter zakat telah dikunjungi oleh pegawai dan kakitangan PERKESO bagi mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan dengan pengiraan dan info zakat. Pegawai MAIPk yang terlibat ialah En.Muhamad Izzat Naquiddin bin Abdul Kadir. Satu kerjasama erat antara pihak MAIPk dan PERKESO.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.