• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Perjumpaan Pegawai Baitulmal Daerah Bersama Kontraktor Maipk Daerah Kg Gajah

Perjumpaan Pegawai Baitulmal Daerah Bersama Kontraktor Maipk Daerah Kg Gajah

KG. GAJAH, 12 APRIL 2019 - Satu program perbincangan antara pegawai Baitulmal dan kontraktor MAIPk Kampung Gajah bagi lantikan tahun 2019 telah diadakan di pejabat MAIPk Kampong Gajah. Taklimat telah diberikan oleh Pegawai Baitulmal Daerah Kg. Gajah En. Muhammad Faiz Bin Zakaria berkenaan pelan dan spesifikasi bantuan bina rumah bagi tahun 2019. Perbincangan bersama kontraktor juga mengenai teguran audit bagi Skim Bantuan Bina Dan Baikpulih Rumah bagi tahun 2018 terutama dari segi kekemasan kerja dan kaedah sebut harga bagi Bantuan Baikpulih Rumah. Taklimat tersebut juga membincangkan mengenai kelulusan harga baru bagi Bantuan Bina Rumah Jenis A 3 Bilik Dan Jenis B 2 bilik, termasuk juga penambahan 2 Skim Bantuan Rumah iaitu Rumah Studio Dan Rumah Studio 1 Bilik.Bagi Skim Baikpulih Rumah pula, kontraktor perlu menambah baik perincian kerja berkenaan projek yang akan dilaksanakan pada tahun 2019.






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.