Majlis Penyerahan Bantuan Rumah MAIPk

KUALA KANGSAR - 30 April 2019, Majlis penyerahan bantuan rumah MAIPk telah diadakan di perkarangan rumah Encik Yusni bin Osman, Kg. Simpang Lawin Kuala Kangsar. Penerima bantuan rumah iaitu Encik Yusni bin Osman mempunyai empat (4) orang anak (3 lelaki dan 1 Perempuan) berumur dari 3 hingga 16 tahun serta isteri seorang suri rumah berumur 38 tahun.

Majlis penyerahan bantuan rumah ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Hajah Wan Maizura binti Hj. Wan Zahari dan turut serta pegawai- pegawai dan pekhidmat MAIPk. Bantuan rumah yang telah dibina ini mempunyai 3 bilik (Jenis A) beserta perabut dan peralatan dapur di atas tanah kepunyaan bapa mertua (dengan kebenaran). Semoga dengan pemberian bantuan rumah MAIPk ini dapat memberi keselesaan kepada Encik Yusni sekeluarga yang sebelum ini hanya menumpang dibahagian belakang rumah bapa mertua.


















.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.