Penyampaian Sumbangan Kepada Rumah Ashraful Rohaniah Teluk Intan

Teluk Intan, 2 Mei 2019 Kakitangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) daerah Teluk Intan dan Ibu Pejabat yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk (Pengurusan) telah memberikan sumbangan dana zakat sebanyak RM100,000.00 beserta perbelanjaan bulanan sebanyak RM5,000.00 sebulan bagi menampung perbelanjaan Rumah Titian Ashraful Rohaniah yang menjaga orang-orang yang kurang upaya. Di samping itu, MAIPk juga turut menyampaikan bantuan-bantuan bina dan baikpulih rumah kepada penerima-penerima daerah Teluk Intan berjumlah RM1,098,000.00. Di atas sumbangan yang diberikan, diharap ianya dapat membantu meringankan bebanan mereka dan memberi sinar baru kepada penerima baik kepada Rumah Titian Ashraful Rohaniah juga kepada penerima-penerima lain di sekitar daerah Teluk Intan.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.