• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Serta Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar

Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Serta Majlis Berbuka Puasa Bersama DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar

Kuala Kangsar, 11 Mei 2019 Majlis Penyerahan Zakat dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan daripada lapan buah syarikat yang berjumlah RM3,004,059.24. Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan dimulakan dengan Bank Rakyat yang diwakili oleh Encik Ahmad Shukri Abd. Rahman, Ketua Pegawai Risiko telah menyerahkan zakat sebanyak RM959,979.00. Diikuti dengan Maybank Islamic Berhad yang diwakili Encik Nor Sharizan bin Sulaiman selaku Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif telah menyerahkan zakat sebanyak RM660,398.49. Etiqa Family Takaful Berhad pula yang diwakili oleh Encik Zafri Ab Halim selaku Ketua Pegawai Eksekutif pula telah menyerahkan zakat sebanyak RM350,000.00 dan zakat berjumlah RM338,281.75 pula telah diserahkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad yang diwakili oleh Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad iaitu Datuk Zamani Abdul Ghani.
RHB Islamic Bank Berhad yang diwakili Encik Ahmad Rizal bin Lope Zainal Abidin sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif juga telah menyerahkan zakat sebanyak RM250,000.00 sementara itu Etiqa General Takaful Berhad diwakili Encik Azhar bin Abd Rahman selaku Pengurus Cawangan Ipoh telah menyerahkan zakat sebanyak RM224,400.00. Seterusnya ialah penyerahan zakat dari Aiiman Asset Management Sdn. Bhd, yang diwakili Yang Mulia Tunku Dato Paduka Jaafar Laksamana Tunku Nong Jiwa selaku Pengarah dan Pengerusi dengan menyerahkan RM121,000.00. Penyerahan yang terakhir telah diserahkan oleh Affin Islamic Bank Bhd yang diwakili oleh Encik Kamarul Ariffin Mohd Jamil selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Bhd dengan menyerahkan zakat sebanyak RM100,000.00.
DYMM Paduka Seri Sultan Perak kemudiannya berkenan menyerahkan cek-cek pembayaran zakat berkenaan kepada Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Pengurusan), Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman.












.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.