Bengkel Fail Meja / MPK Bahagian Zakat

16 - 18 Disember 2012 - Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak dengan kerjasama Unit Latihan telah mengadakan bengkel MPK / Fail Meja khusus untuk Bahagian Zakat. Seramai 42 orang pegawai dan kakitangan yang terlibat dengan proses kerja kutipan dan agihan zakat telah menyertai bengkel tersebut yang diadakan di Hotel Grand Continental, Pekan Kuah, Langkawi. Bengkel diadakan bagi membolehkan tumpuan khusus untuk menyiapkan dokumen MPK / Fail Meja pegawai dan kakitangan yang terbabit dengan proses kerja kutipan dan agihan zakat. Penolong Setiausaha Zakat, Ustaz Bakri bin Lee telah mengetuai sesi bengkel tersebut. Cik Zaleha binti Wan Din dari Unit Latihan telah bertindak sebagai pemudahcara sepanjang bengkel berlangsung.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.