DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Berkenan Menyampaikan Bantuan Hari Raya Aidilfitri Dan Merasmikan Program Tadabur Al-Quran

BATU GAJAH, 21 Mei 2019 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan bantuan Hari Raya Aidilfitri (zakat) dan merasmikan Program Tadabur Al-Quran di Masjid Toh Puan Besar Hatijah, Kampung Serani, bersempena dengan Sambutan Nuzul Quran Peringkat Negeri Perak. Sebanyak RM1.9 juta diagihkan kepada penghulu daripada lapan mukim di daerah Kinta untuk diserahkan kepada 7,610 asnaf fakir dan miskin. Lapan mukim berkenaan adalah Hulu Kinta Ipoh yang menerima sebanyak RM634,750, Hulu Kinta Chemor (RM268,000), Hulu Kinta Tanjung Rambutan (RM262,750), Lahat (RM327,000), Sungai Raia (RM160,250), Sungai Terap (RM156,000), Tanjung Tualang (RM48,500) dan Belanja Tronoh (RM45,250). Diharap dengan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban asnaf bagi keperluan persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.