• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Majlis Ceramah Nuzul Al-Quran dan Edaran Bubur Lambuk

IPOH, 24 Mei 2019 Bertempat di Dewan Al-Ghazali, Tingkat 2 Kompleks Islam Darul Ridzuan, satu Majlis Ceramah Nuzul Al-Quran dan Edaran Bubur Lambuk telah dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Acara dimulai dengan Ceramah Nuzul Al-Quran yang telah disampaikan oleh Ustaz Hanafiah Abdul Malek yang bertajuk Transformasi Diri via Ramadan & Al-Quran. Ceramah yang telah berlangsung ini turut dihadiri oleh Pekhidmat MAIPk dan warga Kompleks Islam Darul Ridzuan.
Edaran Bubur Lambuk pula bermula pada sebelah petang iaitu selepas Solat Jumaat. Aktiviti edaran yang diketuai oleh Pengurus Besar, Bahagian Khidmat Pengurusan MAIPk iaitu En. Rohizan bin Haji Omar, dilakukan sekitar perkarangan ruang legar Caf Ar Raudhah dan Lobi Tingkat G, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Pihak MAIPk juga telah membuat edaran bubur lambuk di kawasan sekitar Ipoh dan turut diagihkan kepada NGO-NGO Sosial dan Pusat Kebajikan Sosial. Program ini bertujuan mengeratkan semangat perpaduan antara pekhidmat MAIPk dan dapat menerapkan nilai-nilai murni dan secara tidak langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim sesama masyarakat.






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.