Kaunter Zakat di Maybank Islamic, Gunung Rapat

Khamis, 20 Disember 2012 - Unit Promosi dan Dakwah, MAIPk telah membuka kaunter penerangan zakat bertempat di lobi Maybank Islamic, Gunung Rapat, Ipoh. Iainya merupakan sebahagian daripada aktiviti promosi untuk memberikan maklumat dan penerangan berkenaan zakat dan kaedah pengiraan zakat pendapatan kepada kakitangan Maybank Islamic. Kaunter zakat telah dikunjungi oleh kakitangan Maybank Islamic serta orang awam yang datang ke bank bagi mendapatkan maklumat dan panduan berkenaan dengan pengiraan dan info zakat. Pegawai MAIPk yang terlibat ialah En.Muhamad Izzat Naquiddin bin Abdul Kadir. Satu kerjasama strategik antara pihak MAIPk dan Maybank Islamic.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.