Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Maipk Tahun Penilaian 2018

IPOH, 27 Jun 2019 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah menganjurkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun penilaian 2018 bertempat di Dewan Al-Ghazali, Tingkat 2 Kompleks Islam Darul Ridzuan (KIDR). Majlis APC ini diadakan untuk mengiktiraf dan menghargai perkhidmatan cemerlang yang diberikan oleh kakitangan MAIPk dalam melaksanakan tugas mereka dengan penuh tanggungjawab. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa dan seterusnya ucapan aluan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk, Tuan Haji Mohd Haidi Bin Sulaiman. Kemudiaan majlis diteruskan dengan ucapan Yang Dipertua MAIPk, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin. Dalam majlis ini, seramai 24 orang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, 20 orang menerima Anugerah Perkhidmatan Terpuji. Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC bagi tahun 2018. Semoga semua pekhidmat MAIPk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan cemerlang.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.