• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Perasmian Projek Cili Fertigasi dan Tuaian Hasil Pertama

Majlis Perasmian Projek Cili Fertigasi dan Tuaian Hasil Pertama

GERIK, 21 Ogos 2019 - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Majlis Perasmian Projek Cili Fertigasi dan Tuaian Hasil Pertama bagi peserta PROPER A MAIPk di Kg. Alai, Gerik. Projek cili fertigasi ini merupakan salah satu program yang yang dilaksanakan pada tahun 2019. Seramai 20 orang peserta telah terpilih mengikuti program ini dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM350,000.00. Bantuan Modal MAIPk ini diperuntukkan di bawah Asnaf Fakir Miskin dan diberikan kepada asnaf yang produktif serta boleh menjana pendapatan mereka melalui perniagaan dalam bidang pertanian.
 
Salah seorang peserta program iaitu Puan Siti Sara Md Zahid kini telah berjaya menjadi usahawan tanaman cili hasil bantuan daripada MAIPk. Pihak MAIPk menyediakan bantuan sebanyak RM17,500 untuk Puan Siti Sarah menjalankan projek ini dengan tunjuk ajar sebuah syarikat vendor yang dilantik. Beliau  mula menanam sebanyak 2,000 pokok cili kulai dalam polibeg menggunakan sekam padi yang telah dibakar Mei lalu dan tanaman itu mula mengeluarkan hasil dalam tempoh 75 hari. Setiap hari beliau mengutip kira-kira 100 kilogram cili dan menjualnya di beberapa kedai runcit sekitar Gerik pada harga RM12 hingga RM16 sekilogram. Melalui bidang pertanian ini diharapkan dapat membantu golongan asnaf tersebut keluar dari kelompok kemiskinan dan meningkat taraf kehidupan mereka.
 
 Pada majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh Orang Besar Jajahan Hulu Perak, YDH. Toh Muda Orang Kaya Kaya Seri Adika Raja Shahbandar Muda Dato’ Ar. LA Meor Roslan Bin Dato’ Seri Hj. Meor Ahmad Rashidi. Turut hadir, Timbalan Ketua Pengawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPK, Tuan Haji Mohd Haidi Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Puan Hajah Wan Maizura biniti Haji Wan Zahari, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Bakri bin Lee, Pegawai Baitulmal Daerah serta pegawai-pegawai dan pekhidmat MAIPk.








.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.