Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Oleh Gas Malaysia Berhad

IPOH, 21 Ogos 2019 -  Alhamdulillah pada hari ini, Pihak Gas Malaysia Berhad menunaikan Zakat Perniagaan berjumlah RM220,000.00 bagi tahun 2019 yang disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Gas Malaysia Berhad, Tuan Ahmad Hashimi Bin Abdul Manap, manakala pihak Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPK) diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MAIPk ,Tuan Haji Mohd Haidi Bin Sulaiman, telah menerima Zakat Perniagaan tersebut. Semoga dengan kesempurnaan kewajiban ini, perniagaan yang diusahakan oleh pihak Gas Malaysia Berhad bertambah maju dan berkembang dengan lebih jayanya.






.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.