• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Skim Bantuan Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk Bantu Anak-Anak Asnaf yang Cemerlang

Program Jejak Asnaf Daerah Taiping

TAIPING, 04 September 2019 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan program jejak asnaf di Kamunting dan Batu Kurau. Timbalan Pegawai Ketua Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Puan Hajah Wan Maizura Binti Haji Wan Zahari telah mengetuai program ini bersama para pegawai Bahagian Agihan Zakat serta pegawai dan kakitangan MAIPk Taiping. Program ini diadakan bagi menunjukkan keprihatinan pihak MAIPk dalam menyantuni golongan asnaf. Pada program ini juga, sebanyak lapan buah rumah telah diziarahi dan hasil daripada program ini pihak MAIPk akan mempertimbangkan untuk menyalurkan bantuan membina dan membaikpulih rumah, bantuan perubatan dan modal kepada asnaf tersebut. Akhir sekali,  pihak MAIPk mengharapkan sumbangan ini dapat meringankan beban asnaf dalam menjalani kehidupan seharian.












.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.