Program “Jom Cuci Masjid”

KUALA KANGSAR, 5 Oktober 2019 – Program “Jom Cuci Masjid” siri ke-35 di Masjid Ad-Dinniyah, Kg. Enggor, Perak anjuran Jabatan Operasi Teknikal Media Prima Berhad dengan kerjasama MPKK Kg. Enggor dan Jawatankuasa Masjid Ad-Dinniyah, Kg. Enggor telah berlangsung dengan jayanya. Program tersebut telah diisi dengan pemberian bantuan daripada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) kepada asnaf-asnaf di sekitar kariah tersebut. Pemberian bantuan tersebut telah diketuai oleh Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pengurusan MAIPk, En. Rohizan bin Omar dan Pegawai Baitulmal Daerah Kuala Kangsar, Encik Wan Abdul Halim Hafiidz Mohd Amin. Turut serta pada program ini Pengurus Besar Bahagian Perhubungan Korporat dan Perancangan Strategik MAIPk, En. Mohd Saufi bin Ibrahim serta para pegawai daripada Agihan Zakat MAIPk. Selain itu, pemberian bantuan ini juga turut disertai oleh Media Prima, Sifu Bikerz, AF Ust. Mohd Hanafiah Abd Malek dan juga Ayahanda Rani Kulup. Sebanyak lima buah rumah telah disantuni dengan bantuan bekalan dapur dan duit. Program ini bertujuan untuk menziarahi dan menyantuni penerima bantuan bulanan.












.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.