• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Zakat Kepada Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Negeri Perak

MAIPk di UTC Perak

Pejabat MAIPk di UTC Ipoh

Ipoh MAIPk telah membuka cawangan pentadbiran baru di UTC Perak, Ipoh sejak 02 Januari 2013. Pembukaan cawangan di UTC Perak bagi menyahut seruan Kerajaan Persekutuan dan Negeri bagi menyediakan perkhidmatan berpusat kepada masyarakat. Masyarakat dengan mudah dapat menyelesaikan pelbagai urusan dalam satu bumbung yang sama.
UTC Perak dibangunkan di bangunan Pasar Besar Ipoh, Perak. Bangunan ini pada dahulunya mempunyai pasar barangan basah dan kering di tingkat satu dan dua, manakala tingkat tiga dan empat mengandungi pasaraya yang terkenal suatu ketika dahulu iaitu Super Kinta. Kini, tingkat tiga dan empat diimarahkankan dengan pelbagai pejabat di peringkat Kerajaan Persekutuan dan Negeri serta syarikat-syarikat swasta. UTC Perak akan dirasmikan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Razak tidak lama lagi.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.