Program Jejak Asnaf Bagan Datuk

Bagan Datuk, 16 Oktober 2019 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan program jejak asnaf Bagan Datuk di Mukim Rungkup, Hutan Melintang dan Teluk Bharu.  Program ini diadakan bagi menunjukkan keprihatinan pihak MAIPk dalam menyantuni golongan asnaf. Pada program ini juga, sebanyak lima buah rumah telah diziarahi yang diketuai oleh Tuan Hj Muzammil bin Arbain, Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIPk dan Pegawai Baitulmal Daerah Bagan Datuk, En. Mohd Shahmer Mahzuz Bin Mohd Zin bersama para pegawai MAIPk Bagan Datuk serta dan Team Skuad Prihatin Asnaf ( SPA). Disamping itu,  hasil daripada program ini pihak MAIPk akan mempertimbangkan untuk menyalurkan bantuan yang bersesuaian. Semoga dengan pemberian bantuan mampu meringankan beban yang dihadapi.








.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.