• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyampaian Sijil Dan Penyerahan Peralatan Kursus Pembuatan Aiskrim Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf Maipk (Proper A)

Majlis Penyampaian Sijil Dan Penyerahan Peralatan Kursus Pembuatan Aiskrim Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf Maipk (Proper A)

GOPENG, 17 Oktober 2019 – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu Majlis Penyampaian Sijil dan Penyerahan Peralatan Kursus Pembuatan Aiskrim Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf MAIPk (Proper A) 2019 di RTC, Gopeng. MAIPk telah bekerjasama dengan sebuah Syarikat Zam Zam Ice Cream Sdn Bhd. yang dilantik sebagai syarikat penyedia khidmat latihan bagi memberi bimbingan dan latihan kepada usahawan asnaf yang terpilih melalui pendedahan ilmu pengurusan perniagaan, terutama dalam pembuatan aiskrim. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk YBrs. Tuan Shahrul Azam bin Shaari dan dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) Tuan Haji Mohd Haidi bin Sulaiman, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Ustaz Bakri bin Lee serta pegawai-pegawai dan perkhidmat MAIPk. Tujuan bantuan ini untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah ilmu keusahawanan kepada para usahawan asnaf seterusnya menjana pendapatan keluarga. Sebelum majlis ini dimulakan, pihak MAIPk telah dijemput bagi merasmikan kilang Syarikat Zam Zam Ice Cream Sdn. Bhd. bersama dengan agensi luar.












.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.