• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Persidangan Jawatankuasa Kariah Dan Pegawai Masjid Negeri Perak Darul Ridzuan

Persidangan Jawatankuasa Kariah Dan Pegawai Masjid Negeri Perak Darul Ridzuan

IPOH, 24 Oktober 2019 - Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu Majlis Persidangan Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid Negeri Perak di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Bandar Meru Raya. Majlis ini telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak,  Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah. Majlis ini antaranya turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Industri, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan  Negeri Perak , YB. Tuan Haji Asmuni bin Awi, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, YBrs. Tuan Sharul Azam Bin Shaari, Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak serta ketua jabatan-jabatan awam dan swasta.
 
Persidangan ini bermula pada jam 8.45 pagi dengan pembentangan tiga kertas kertas kerja daripada Penasihat Undang-Undang Negeri Perak, YB Dato’ Rohana binti Abd Malek, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid,Tuan Haji Saiful Azizi bin Abdul Manap, dan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, Tuan Haji Mohd Azmi Bin Abd Hamid.
 
Seterusnya, acara kemuncak adalah para peserta persidangan mendengar titah ucapan daripada Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak yang banyak menyentuh akan hal berkenaan sejarah pembinaan masjid-masjid di negeri Perak, tanggungjawab jawatankuasa kariah dikalangan ahli kariah, jawatankuasa kariah perlu bersikap berkecuali daripada politik kepartian dan lain-lain lagi.














.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.