Ceramah Perdana, Sucikan Harta Bersihkan Jiwa

CHENDERONG BALAI, 29 Oktober 2019 – Bertempat di Masjid Al-Ansar, telah berlangsung ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Azhar bin Latif. Program ini dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak(MAIPk) daerah Teluk Intan dan Ahli Jawatankuasa Masjid. Tujuan ceramah ini diadakan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat berkaitan zakat dan wakaf serta dapat memberi kesedaran kepada ahli kariah masjid akan kepentingan membayar zakat dan wakaf. Pada masa yang sama, kaunter  zakat van bergerak daripada Bahagian Pemasaran telah dibuka di pekarangan masjid untuk  memberi peluang kepada jemaah untuk membayar zakat atau menanyakan sebarang soalan berkaitan zakat dan wakaf. Majlis ini melibatkan  AJK Masjid, Ahli-Ahli MPKK, kakitangan MAIPk Hilir Perak dan pegawai daripada Bahagian Pemasaran. Disamping itu, para hadirin mendapat ilmu yang disampaikan penceramah, dapat mengeratkan hubungan di antara kakitangan MAIPk, AJK Masjid dan hadirin.










.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.