Bengkel Penyediaan Taksiran Zakat Harta

Ipoh, 15 Januari 2013 (Selasa)
Satu Bengkel Penyediaan Taksiran Zakat Harta Bagi Persiapan Pembentangan Kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak telah diadakan selama dua hari bertempat di Hotel Heritage, Ipoh. Iainya telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Unit Agihan, Unit Dakwah dan Promosi, Bahagian Kewangan serta Pegawai Baitulmal Daerah. Seramai 23 orang pegawai terlibat dalam bengkel tersebut. Bengkel bertujuan untuk menjelaskan pengiraan dan mengemaskini semula konsep dan kaedah pengiraan zakat harta untuk dikemukakan ke Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak bagi mendapatkan kelulusan. Iainya juga bertujuan untuk memastikan kaedah pengiraan dan konsep memenuhi tuntutan syarak dan dapat diselaraskan pada setiap peringkat. Ustaz Bakri bin Lee selaku Pen.Setiausaha, Bahagian Zakat telah mempengerusikan bengkel tersebut. Semoga bengkel yang diadakan tersebut akan berjaya menghasilkan satu ketetapan yang komprehensif kearah memperkasakan kaedah pengiraan zakat harta bagi negeri Perak.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.