Kaunter Zakat di SMK Anderson, Ipoh

Ipoh, 25 Januari 2013 (Jumaat) - MAIPk melalui Unit Promosi dan Dakwah telah menerima jemputan untuk membuka kaunter zakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh. Kaunter MAIPk telah menyediakan perkhidmatan pengiraan zakat, penerangan berkenaan baitulmal serta edaran risalah-risalah zakat kepada pengunjung yang datang. Ini memudahkan warga pendidik untuk mendapatkan maklumat berkenaan zakat serta berurusan dengan MAIPk tanpa perlu pergi ke pejabat. Salah satu daripada usaha MAIPk untuk mewujudkan kesedaran terhadap amalan berzakat disamping memperkasakan kewajipan berzakat di kalangan warga pendidik. Pegawai MAIPk yang terlibat ialah Encik Muhammad Fauzan bin Abdul Rahim

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.