Bengkel Agihan Zakat di Hotel Tower Regency

Ipoh, 29 Januari 2013 (Selasa) - Satu Bengkel Agihan Zakat yang telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Unit Agihan, Unit Dakwah dan Promosi, Pegawai Baitulmal Daerah dan Pen. Pegawai Tadbir dari setiap daerah. Bengkel bertujuan untuk memantapkan proses kerja yang melibatkan agihan. Iainya juga bertujuan untuk menyelaraskan proses kerja serta memastikan setiap proses kerja dapat dikemaskini mengikut keperluan semasa. Ustaz Bakri bin Lee selaku Pen.Setiausaha, Bahagian Zakat telah mempengerusikan bengkel tersebut. Semoga bengkel yang diadakan tersebut akan berjaya menghasilkan satu proses kerja yang komprehensif kearah memperkasakan kaedah pengagihan zakat bagi negeri Perak.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.