• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Ceramah Perdana "Harta Dunia, Akhirat Bahagia" di Masjid Jamek Taman Desa Bakti, Teluk Intan

Lawatan YB Dato Seri Hj Ahmad Husni Hanadzlah,Menteri Kewangan 2 ke MAIPk UTC Perak



Ipoh, 31 Januari 2013 (Khamis) - sempena dengan Majlis Pra Pelancaran Urban Transformation Centre (UTC) Perak dimana telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Hj Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan ke 2, YB Dato Seri telah meluangkan masa untuk melawat ke pejabat MAIPk UTC Perak. Semasa lawatan tersebut YB Dato Seri telah menandatangani buku pelawat disamping beramah mesra dengan pegawai dan kakitangan MAIPk UTC Perak yang bertugas pada waktu tersebut. Sebelum lawatan ke pejabat MAIPk, YB Dato Seri Hj Ahmad Husni Hanadzlah telah menyampaikan ucapan Pra Perasmian UTC Perak. YB Dato Seri menjelaskan bahawa UTC Perak akan menjadi UTC yang terbaik. Iainya merupakan projek blue ocean strategy yang merupakan salah satu daripada projek transformasi kerajaan. Iainya juga merupakan satu aspirasi dan inspirasi konsep 1satu Malaysia. MAIPk mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Seri Hj Ahmad Husni Hanadzlah atas lawatan beliau ke pejabat MAIPk UTC Perak.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.