Pengagihan Bantuan Am Pelajaran di Pejabat MAIPk UTC


Ipoh, Jumaat, 15 Februari 2013 - Pejabat MAIPk UTC Perak telah diberi kepercayaan untuk mengagihkan bayaran Bantuan Am Pelajaran mulai 15 Februari 2013. Pejabat MAIPk UTC Perak telah menerima kehadiran penerima bantuan seawal jam 8.30 pagi untuk mendapatkan bantuan tersebut. Seramai 34 orang penerima bantuan melalui Skim Bantuan Am Pelajaran yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di IPTA dan IPTS telah hadir untuk mengambil bantuan tersebut dalam bentuk cek. Walaupun bantuan tersebut berbentuk sekaligus namun iainya berjaya mengurangkan beban ibubapa dalam menangung kos pengajian di IPTA dan IPTS yang semakin meningkat. Kategori bantuan adalah melalui asnaf filsabillilah.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.