Pembayaran Zakat Tanaman di MAIPk UTC


Ipoh, Jumaat, 15 Februari 2013 - Buat kali pertama semenjak Pejabat MAIPk UTC Perak mula beroperasi mulai 7 Januari 2013,MAIPk UTC Perak menerima pembayaran zakat tanaman dari Encik Ahmad @ Ahmad Ismail bin Abdullah yang tinggal di Kampung Seri Kinta, Ipoh. Beliau ingin menunaikan bayaran zakat tanaman padi yang beliau usahakan di Bagan Serai. Beliau turut menyatakan dengan adanya Pejabat MAIPk UTC ini memudahkan beliau untuk datang membayar zakat. Walaupun jumlah yang dibayar cuma RM124.00 namun ini menunjukkan kewujudan Pejabat MAIPk UTC Perak ini mula memberikan kesedaran kepada orang ramai untuk berurusan di MAIPk UTC Perak.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.