• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

Ipoh, 9 Mei 2013 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan satu Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada 9 Mei 2013 bertempat di Auditorium Tingkat 2. Majlis tersebut diadakan bagi menghargai jasa dan komitmen yang cemerlang oleh para pekhidmat untuk tahun penilaian 2012. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa dan seterusnya ucapan oleh Ketua Pegawai Eksekutif. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa perkhidmatan yang cemerlang hendaklah diberikan dengan sepenuh hati dan mencapai ekspetasi pelanggan. Kemudian hadirin disajikan dengan persembahan nasyid yang terdiri daripada para pekhidmat MAIPk sendiri dan tayangan slide penerima anugerah. Penyampaian Anugerah merangkumi perkhidmatan cemerlang, perkhidmatan terpuji dan hadiah menunaikan fardu haji 1434H/2013. Acara kemuncak adalah ucapan wakil penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan diakhiri dengan sesi fotografi penerima anugerah. Semoga majlis seumpama ini dapat meningkatkan iltizam kepada semua pekhidmat MAIPk agar terus memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan. 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.