• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Bengkel Kewangan dan Fasil Persempadanan Kariah Masjid dan Surau Diri Jumaat Daerah Sri Iskandar, Manjung, Kg. Gajah dan Teluk Intan

Bengkel Kewangan dan Fasil Persempadanan Kariah Masjid dan Surau Diri Jumaat Daerah Sri Iskandar, Manjung, Kg. Gajah dan Teluk Intan

Unit Pembangunan Ummah, MAIPk telah mengadakan Bengkel Kewangan dan Fasil Persempadanan Kariah Masjid dan Surau Diri Jumaat bagi Daerah Sri Iskandar pada 17 18 Ogos 2015 bertempat di D, Hotel, Sri Iskandar, Perak. Bagi Daerah Manjung telah diadakan pada 24 25 Ogos 2015 bertempat di Marina Island Pangkor Resort and Hotel, Lumut. Daerah Kg Gajah pada 14-15 September 2015 bertempat di Pusat Latihan UiTM, Kg Gajah. Dan bagi Daerah Teluk Intan pada 28 30 September 2015 bertempat di Rumah Rehat, Teluk Intan. Peserta-peserta bengkel terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Masjid di dalam daerah yang berkenaan. Iainya bertujuan untuk memberikan panduan dan pengetahuan dalam kaedah-kaedah pengurusan kewangan masjid dan surau. Fasil persempadanan kariah pula bertujuan menentukan sempadan kariah masjid di suatu kawasan sama ada kampung, taman dan bandar. Selain dari itu, iainya dapat memudahkan urusan pentadbiran MAIPk dalam menentukan sempadan amil yang dilantik dalam melaksanakan tanggungjawab. Pada masa yang sama, memudahkan ahli kariah mengenalpasti masjid untuk mereka menunaikan solat Jumaat. Dengan adanya fasil ini juga, semua maklumat lokasi setiap masjid, surau, Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan tanah perkuburan juga dapat dikemaskini mengikut daerah pentadbiran agama Islam.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.