• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Zakat Kepada Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Negeri Perak

Majlis Penyerahan Cek Zakat Tanaman dan Perniagaan

IPOH Pada 24 Mei 2013 telah diadakan Majlis Penyerahan Cek Zakat Tanaman dan Perniagaan yang disempurnakan oleh ke bawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan Raja Nazrin Shah. Majlis ini diadakan di Auditorium, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Sebanyak lima agensi menyerahkan cek zakat tanaman dan perniagaan berjumlah RM7.488 juta.

Agensi-agensi yang menyerahkan cek zakat ialah Lembaga Tabung Haji berjumlah RM2.923 juta oleh YBhg. Dato' Paduka Ismee Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif, Bank Kerjasama Rakyat berjumlah RM2.068 juta oleh YABhg. Tan Sri Dato' Seri Sabbaruddin bin Chik, Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat, Felcra Berhad Wilayah Perak berjumlah RM1.604 juta oleh YBhg. Dato' Hj. Ramlee bin Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan Kewangan Felcra Berhad, Pertubuhan Peladang Negeri Perak berjumlah RM0.623 juta oleh Haji Mohd Zaki bin Haji Din, Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah dan Bank Islam Malaysia Berhad berjumlah RM0.270 juta oleh YBhg. Datuk Zamani bin Abdul Ghani, Pengerusi Bank Islam Malaysia Berhad.

Turut hadir menyaksikan majlis penyerahan cek-cek zakat tersebut ialah YAB. Dato' Seri Diraja Dr. Zambry bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak, YB. Dato' Abdul Puhat bin Mat Nayan, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak serta Ahli-Ahli Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak. DYMM Pemangku Raja Perak turut berkenan mempengerusikan Persidangan Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak Kali Ke-183 setelah sempurnanya Majlis Penyerahan Cek Zakat Tanaman dan Perniagaan.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.