• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan Anak Syarikat bayar Zakat Perniagaan

Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan Anak Syarikat bayar Zakat Perniagaan

Pada 30 November 2015 - Satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad telah diadakan di Pejabat Mufti Negeri Perak, Tingkat 5, Bangunan Kompleks Islam Darul Ridzuan,Ipoh.

Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan anak-anak syarikat telah diwakili oleh Tuan Haji Johari bin Jonid selaku Timbalan Presiden 1 merangkap Ketua Khidmat Nasihat Syariah. Zakat perniagaan berjumlah RM 963,876.26 telah diserahkan kepada YABh. Tan Sri Dato Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Negeri Perak selaku Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Majlis tersebut turut disaksikan YBhg. Dr. Amiruddin bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif, MAIPk dan Ustaz Bakri bin Lee, Pengurus Besar Bahagian Zakat, MAIPk. Jumlah zakat yang dibayar tersebut adalah sebanyak RM894,425.26 daripada Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan anak-anak syarikat iaitu sebanyak RM38,856.00 daripada BI Credit Leasing Berhad bagi tahun 2014 dan sebanyak RM24,255.00 bagi tahun 2013. Sejumlah RM2,309.00 daripada PL Credit & Factoring Sdn Bhd bagi tahun berakhir 2014 dan RM4,0131.00 daripada Pembangunan Leasing Corporation Sdn Bhd bagi tahun berakhir 2013.

Semoga komitmen yang berterusan dari institusi kewangan dapat diteruskan bagi memberi faedah yang lebih luas kepada golongan-golongan asnaf yang memerlukan bantuan.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.