• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Jejak Asnaf Bantuan Bina Rumah dan Bantuan Modal Di Daerah Selama

Bengkel Klasifikasi Fail MAIPk di Hotel Heritage

11 13 Jun 2013 -  Satu Bengkel Klasifikasi Fail MAIPk telah berjaya dilaksanakan di Hotel Heritage, Cameron Highland. Iainya telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dan kakitangan MAIPk dari Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Pelaburan dan Hartanah, Bahagian Kewangan, MAIPk UTC Perak dan kakitangan di peringkat daerah. Bengkel bertujuan untuk melengkapkan proses kerja mengikut kaedah dan sistem baru klasifikasi fail. Penceramah daripada Jabatan Arkib Negara telah membantu dalam memberikan input dan penerangan dalam melaksanakan sistem klasifikasi fail MAIPk. Ianya juga sebagai usaha MAIPk dalam memberikan penekanan terhadap memperkemaskan rangkakerja MAIPk sebagai sebuah organisasi yang sentiasa bersedia dalam menghadapi transformasi cara kerja yang berorentasikan kaedah kerja yang efisyen. Semoga bengkel yang diadakan tersebut akan berjaya menghasilkan satu rangkakerja yang konkrit untuk diguna pakai oleh semua peringkat di dalam organisasi MAIPk.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.