MAIPk UTC Perak Terima Zakat Perniagaan RM10,000

Sabtu, 29 Jun 2013 - Satu majlis penyerahan zakat perniagaan oleh Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) telah berlangsung bertempat di Dewan Tun Abdul Razak, Persekutuan Seruan Islam Perak, Ipoh. MAIPk UTC Perak telah menerima bayaran zakat tersebut sebagai mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak. Encik Shamsul Anuar bin Zakaria, Pen. Pegawai Tadbir, MAIPk UTC Perak telah menerima pembayaran zakat perniagaan Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) berjumlah RM10,000.00 daripada Dato Haji Sheikh Mohamah Nor bin Mansor selaku Pengerusi Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS). Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Dato Aminuddin Md Hanafiah selaku ADUN Hulu Kinta bagi mewakili YAB Dato Seri Haji Ahmad Husni bin Hanazlah merangkap Menteri Kewangan ke 2 yang tidak dapat hadir pada majlis tersebut. Satu komitmen yang berterusan daripada Koperasi Masjid Perak Berhad (KOMAS) dalam memperkasakan amalan berzakat di negeri ini. Encik Hamizan bin Zainal Abidin daripada Pejabat MAIPk UTC Perak telah diberi penghormatan bagi membacakan doa pada majlis tersebut.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.