Taklimat Penggunaan Sistem Perakaunan Berkomputer Bersepadu (e-SPB) Di MAIPk UTC Perak

Jumaat, 28 Jun 2013 - Taklimat dan penerangan berkenaan penggunaan sistem e-SPB (Sistem Perakaunan Berkomputer Bersepadu) telah diadakan di MAIPk UTC Perak. Taklimat dan penerangan telah disampaikan oleh wakil dari Unit Teknologi Maklumat, MAIPk dan vendor yang dilantik iaitu Syarikat GW Intech Sdn Bhd. Encik Ariff bin Apandi selaku Penolong Setiausaha, Bahagian Kewangan, MAIPk turut hadir semasa sesi tersebut. Penggunaan sistem e-SPB (Sistem Perakaunan Berkomputer Bersepadu) merupakan sistem perakaunan bersepadu yang akan diimplementasikan sepenuhnya oleh MAIPk. Iainya merupakan satu transformasi MAIPk dalam memantapkan sistem perakaunan memandangkan transaksi kutipan dan agihan yang semakin meningkat setiap tahun.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.