• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Skim Bantuan Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk Bantu Anak-Anak Asnaf yang Cemerlang

Program Ramah Mesra Bersama Pelajar Latihan Kemahiran Asnaf 2013

IPOH,2 September 2013 Majlis Agama Islam dan Adat MelayuPerak (MAIPk) khususnya Bahagian Zakat telah menganjurkan Program Ramah Mesra bersama para pelajar latihan kemahiran asnaf bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan Ipoh.

Objektif program ini adalah untuk merapatkan silaturrahim antara pihak MAIPk dengan para pelajar yang kini sedang menjalani latihan kemahiran di Illic Management and Technical Academy Ipoh. Buat makluman, seramai 48 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak golongan fakir miskin di seluruh negeri Perak telah ditaja sepenuhnya oleh pihak MAIPk bagi program ini. Antara program latihan yang diceburi termasuklah Kursus Juruelektrik, Kursus Asas Masakan, Kursus Jahitan dan Kursus Terapi Kecantikan.

Yang Berusaha A.F. Ustaz Bakri bin Lee selaku Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIPk telah menyampaikan taklimat utama dalam program ini dan diikuti dengan Puan Noorwahida binti Abu Seman selaku Eksekutif Zakat (Unit Agihan).

Sebagai makluman, antara intipati program ini termasuklah sesi beramah mesra di mana semua pelajar diberi ruang untuk berinteraksi bersama pihak MAIPk. Selain itu, pihak MAIPk juga mengambil peluang ini untuk memastikan semua kemudahan yang disediakan oleh pihak kolej adalah dalam keadaan yang baik bagi memudahkan proses pembelajaran pelajar-pelajar berkenaan.

Kami di pihak MAIPk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pelajar yang kini sedang giat menjalani latihan kemahiran tersebut.

ssssssss

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.