Lawatan Bahagian Zakat MAIPk Ke ILLIC Management & Technical Academy

IPOH,6 September 2013 Sebuah sesi lawatan telah dilaksanakan oleh pihak MAIPk khususnya Bahagian Zakat ke Kolej ILLIC yang terletak di Bercham, Ipoh Perak. 

Sebagai makluman, Kolej ILLIC adalah merupakan pusat latihan yang telah diberi kepercayaan oleh pihak MAIPk utk melatih anak-anak asnaf menjalani latihan kemahiran. Terkini, seramai 48 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak asnaf Fakir dan Miskin di seluruh Negeri Perak sedang menjalanji latihan selama 1 tahun dalam beberapa bidang kemahiran berasingan.

Antara kursus yang diceburi oleh anak-anak asnaf ini termasuklah Kursus Juruelektrik, Kursus Kulinari, Kursus Jahiran dan Kursus Terapi Kecantikan. Semua pelajar ini akan menjalani 2 tahap latihan yang akhirnya akan menganugerahkan mereka Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) hingga ke Tahap 2.

Yang Berusaha A.F. Ustaz Bakri bin Lee selaku Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIPk telah mengetuai lawatan ini sambil diiringi oleh Penolong Pegawai Tadbir Zakat, Encik Muhamad Shameer bin Mohd Yusoff dan Encik Mohd Nazrul Hisham bin Mohd Nasir.

Sebagai makluman, antara intipati program ini termasuklah sesi beramah mesra di mana semua pelajar diberi ruang untuk berinteraksi bersama pihak MAIPk. Selain itu, pihak MAIPk juga mengambil peluang ini untuk berbincang dengan pihak pengurusan kolej berkenaan kemudahan dan proses pembelajaran yang diterapkan di kolej ini.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.