• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyampaian Bantuan Zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Parit Buntar Tahun 2018

Persidangan MAIPk kali ke - 184

IPOH Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah Ibnu Sultan Azlan Muhibbuddin Shah berkenan mencemar duli mempengerusikan Persidangan Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak Kali Ke-184. Persidangan ini diadakan di Dewan Persidangan, Tingkat 5, Kompleks Islam Darul Ridzuan pada 12 September 2013. Turut hadir dalam persidangan ini ialah YAB. Menteri Besar Perak, YABhg. Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak dan Pegawai Kewangan Negeri.

Dalam titah perutusan Baginda, Baginda menzahirkan nilai-nilai songsang dalam masyarakat yang kian berlaku. Antaranya, penjenayah dijulang sebagai wira sementara penjaga keamanan dianggap melakukan kezaliman. " Nilai sedemikian, jika diterima akan memberi galakan kepada lebih ramai pihak untuk lebih berani melakukan jenayah, bersifat riak mencabar autoriti, bertindak ganas, terus melakukan jenayah membunuh menurut hawa nafsu. Negara ini bukan tempat yang boleh membenarkan berlakunya budaya cowboy yang memberi lesen kepada mana-mana pihak sesenang hati menembak dan membunuh," titah Baginda lagi.

Justeru, Baginda mengingatkan usaha membanteras jenayah hendaklah dijayakan secara kolektif oleh masyarakat dan Polis. Peranan Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau sangat bermakna bagi meringankan tugas-tugas Polis. Kesedaran ummah terhadap langkah-langkah preventif mencegah jenayah perlu ditingkatkan melalui kandungan khutbah di mimbar Jumaat. Jawatankuasa Masjid, Jawatankuasa Surau serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung hendaklah tampil ke hadapan membantu Polis dalam tugas-tugas kawalan serta menyampaikan maklumat keselamatan dan perlakuan jenayah kepada pihak Polis dari masa ke masa. Dalam kawasan-kawasan yang dianggap kritikal, program pengawalan oleh pihak awam (civilian policing) mungkin perlu difikirkan dan diperkenalkan, agar tugas Polis dapat diringankan.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.