• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyampaian Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2013 Serta Pelancaran Laman Facebook Sahabat Asnaf MAIPk

Majlis Penyampaian Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2013 Serta Pelancaran Laman Facebook Sahabat Asnaf MAIPk

IPOH, 30 September 2013 Seramai 80 orang pelajar telah terpilih untuk menerima Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk 2013. Bertempat di Auditorium Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan telah berlangsungnya majlis penyampaian skim biasiswa ini.

Antara tetamu kehormat yang hadir termasuklah Yang Berbahagia Dato Haji Mohamah Nor bin Mansur, Pegawai Agama MAIPk, Puan Hajjah Salmiah binti Sabran, Ketua Sektor Pengajian Islam Jabatan Pelajaran Negeri Perak serta Pemangku Ketua Pegawai EKsekutif MAIPk, A.F.Ustaz Mohd Haidi bin Sulaiman.

Sebagai makluman, para pelajar yang terpilih untuk menerima biasiswa ini dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak MAIPk seperti keputusan UPSR, Ujian Pendidikan Islam Tahun 6, tahap penglibatan kokurikulum serta maklumat pendapatan keluarga. Semua pelajar yang terpilih akan menerima biasiswa tahunan sebanyak RM1,000.00 sehingga mereka tamat pengajian di tingkatan 5 kelak.

Dimaklumkan juga untuk semua, serentak dengan majlis penyampaian biasiswa ini turut diadakan pelancaran laman sosiol Facebook Sahabat Asnaf MAIPk yang baru sahaja diwujudkan pada penghujung September yang lalu. Laman Facebook Sahabat Asnaf MAIPk ini diwujudkan sebagai medium untuk pihak MAIPk menyalurkan maklumat berkaitan agihan zakat di negeri ini berdasarkan skim-skim bantuan yang disediakan.

Semoga dengan adanya laman facebook ini dapat memberi pendedahan kepada masyarakat berkenaan maklumat ke mana hala tuju wang zakat diagihkan serta pengetahuan yang lebih meluas mengenai skim-skim bantuan yang disediakan oleh pihak MAIPk.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.