Lawatan Unit Agihan Bahagian Zakat MAIPk ke Zakat Pulau Pinang


SEBERANG PERAI, 19 September 2013 Unit Agihan Bahagian Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan sesi lawatan ke Zakat Pulau Pinang bertujuan untuk membuat perbincangan mengenai aspek agihan khususnya melibatkan Bantuan Bina/Baikpulih Rumah serta program-program kemahiran.

Bahagian Zakat MAIPk diwakili oleh Penolong Setiausaha Bahagian Zakat, A.F.Ustaz Bakri bin Lee bersama Puan Noorwahida binti Abu Seman, Eksekutif Unit Agihan Bahagian Zakat serta beberapa pegawai pengiring dari unit berkenaan.

Wakil MAIPk disambut oleh pihak Zakat Pulau Pinang di pejabat yang terletak di daerah Seberang Perai dan sedikit taklimat ringkas disampaikan oleh kedua-dua pihak mengenai tujuan lawatan diadakan.

Seterusnya delegasi dari MAIPk telah dibawa untuk membuat lawatan tapak ke lokasi rumah yang masih di dalam proses pembinaan di bawah seliaan pihak Zakat Pulau Pinang. Wakil daripada Zakat Pulau Pinang telah memberi penerangan mengenai justifikasi rumah bantuan berkenaan kepada delegasi MAIPk.

Sesi lawatan seterusnya diteruskan dengan melawat Pusat Latihan Jahitan yang dikhususkan sebagai pusat jahitan pakaian sekolah anak-anak asnaf Fakir dan Miskin. Delegasi daripada MAIPk diberi penerangan mengenai proses kerja jahitan bermula daripada pembelian bahan mentah sehingga kadar bayaran yang diberikan kepada para peserta bengkel jahitan tersebut.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.