Mesyuarat Perancangan Bajet Zakat 2014


TAMBUN, 23&24 September 2013 Bahagian Zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Mesyuarat Perancangan Bajet Zakat 2014 yang bertujuan untuk membincangkan program-program Bahagian Zakat yang dirancang bagi tahun 2014.

Selain itu, antara intipati lain mesyuarat ini termasuklah sesi pembentangan prestasi Bahagian Zakat (Unit Agihan dan Promosi), pembentangan prestasi semua daerah pentadbiran MAIPk serta sesi perbincangan perancangan bajet untuk tahun 2014.

Mesyuarat dipengerusikan oleh A.F.Ustaz Bakri bin Lee, Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIPk .Antara ahli mesyuarat yang hadir termasuklah para Pegawai Baitulmal Daerah, para Eksekutif serta para Penolong Pegawai Tadbir.

Mesyuarat dijalankan selama 2 hari dan diharapkan agar segala idea dan cadangan yang bernas daripada ahli mesyuarat pada kali ini dapat dimanfaatkan demi kecemerlangan masyarakat zakat.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.