Telekom Malaysia bayar Zakat Perniagaan

IPOH Satu Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan telah diadakan pada 21 Januari 2014 di Bilik Mesyuarat Tingkat 2, Kompleks Islam Darul Ridzuan. Pihak Telekom Malaysia yang diwakili Tuan Haji Badrulhisham bin Bahari telah menyerahkankan zakat kepada MAIPk yang diwakili Dato' Haji Mohamah Nor bin Mansor, Penasihat Agama MAIPk berjumlah RM92,032.00.

  Pihak MAIPk mengucapkan ribuan terima kasih kepadaTelekom Malaysia kerana menunaikan salah satu kewajipan dalam Islam. DidoakanTelekom Malaysia terus maju dan diberkati dalam perniagaan yang diusahakan.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.