• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Ramah Mesra Bersama Para Peserta Kursus Latihan Kemahiran Asnaf (Kimpalan)

Majlis Ramah Mesra Bersama Para Peserta Kursus Latihan Kemahiran Asnaf (Kimpalan)

5 Mei 2014 - Majlis Ramah Mesra Bersama Para Peserta Kursus Latihan Kemahiran Asnaf (Kimpalan) telah diadakan bertempat di Kompleks Islam Darul Ridzuan. Yang Berbahagia Dr. Amirudin Bin Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk turut serta memberi kata-kata semangat kepada para peserta kursus yang terdiri daripada anak-anak Asnaf Fakir dan Miskin. Yang Berbahagia Dr. turut menyampaikan sedikit sumbangan wang saku kepada semua peserta kursus tersebut. Sekali lagi marilah sama-sama kita berdoa agar kursus ini dapat dijalankan dengan jaya seterusnya mudah-mudahan dapat membantu anak-anak muda ini berjaya dalam bidang yang diceburi.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.