• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Jejak Asnaf Bantuan Bina Rumah dan Bantuan Modal Di Daerah Selama

Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri 1435H

Ipoh - Majlis Penyampaian Bantuan Hari Raya Aidilfitri 1435H dan Saguhati Jawatankuasa Fitrah melalui Jawatankuasa Masjid Bagi Daerah Kinta (Ipoh dan Batu Gajah) telah berlangsung pada 16 Julai 2014.Bagi kawasan Ipoh, sebanyak 63 buah masjid/surau diri jumaat telah terlibat dan jumlah penerima iaitu golongan Asnaf Fakir dan Miskin adalah seramai 2,193 orang dengan jumlah bantuan yang disalurkan iaitu sebanyak RM 438,600.00.

Manakala bagi kawasan Batu Gajah, ia melibatkan 15 buah masjid/surau diri jumaat dan melibatkan 336 orang penerima dengan jumlah bantuan sebanyak RM 67,200.00. Semoga dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat membantu para Asnaf Fakir dan Miskin untuk membuat persiapan menghadapi Hari Raya Aidilfitri kelak. Sekali lagi jutaan terima kasih diucapkan kepada para pembayar zakat, inilah antara usaha kami dalam menyalurkan dana sebaiknya kepada golongan sasaran melalui dana zakat daripada tuan-tuan dan puan-puan sekalian.Semoga Allah SWT memberkati rezeki kita semua, Insya Allah.


.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.