Penyerahan Bantuan Hari Raya Aidilfitri 1435H Daerah Larut, Matang dan Selama

PARIT BUNTAR Penyerahan Bantuan Hari Raya Aidilfitri 1435H Daerah Larut, Matang dan Selama telah dilaksanakan pada 17 Julai 2014 bersamaan 19 Ramadhan 1435H sempena Majlis Perasmian Masjid Al-Ridzuan, Parit Buntar. Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah berkenan mencemar duli menyempurnakan penyerahan cek Bantuan Hari Raya Aidilfitri 1435H dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk asnaf-asnaf Fakir dan Miskin kepada lapan (8) mukim menerusi wakil-wakil penghulu.

Mukim-mukim tersebut adalah Parit Buntar berjumlah RM 48,000.00, Mukim Kuala Kurau berjumlah RM 45,200.00, Mukim Bagan Tiang berjumlah RM 26,400.00, Mukim Tanjung Piandang berjumlah RM 43,000.00, Mukim Bagan Serai berjumlah RM 76,400.00, Mukim Beriah berjumlah RM 31,800.00, Mukim Semanggol berjumlah RM 41,800.00 dan Mukim Selinsing berjumlah RM 26,600.00 dengan jumlah keseluruhan RM 339,200.00.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.