• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan cek-cek zakat perniagaan dan Majlis berbuka puasa serta solat Tarawih bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah

Majlis Penyerahan cek-cek zakat perniagaan dan Majlis berbuka puasa serta solat Tarawih bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah

KUALA KANGSAR - Majlis Penyerahan cek-cek zakat perniagaan dan Majlis berbuka puasa serta solat Tarawih bersama Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah diadakan pada 17 Julai 2014 bersamaan 21 Ramadhan 1435H bertempat di Istana Iskandariah, Bukit Chandan.

Terdapat lima (5) buah agensi telah menyerahkan cek-cek zakat perniagaan kepada DYMM Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah dengan jumlah keseluruhan RM 12,340,234.21. YABhg. Dato Seri Diraja Dr. Zamry bin Abdul Kadir telah mewakili agensi Lembaga Air Perak menyerahkan cek berjumlah RM 5,872,000.00 dan Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak menyerahkan cek berjumlah RM 3,544,159.21.

Agensi Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS) yang diwakili oleh YBhg. Dato Noorizah binti Hj. Abdul Hamid telah menyerahkan cek berjumlah RM 1,958,624.00, Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad yang diwakili oelh Tuan Haji Mohamed Sunaini bin Yusoff telah menyerahkan cek berjumlah RM 900,000.00 dan Felda Global Ventures Berhad yang diwalili oleh YBrs. Encik Mokhtar bin Lateh telah menyerahkan cek berjumlah RM 65,451.00.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.