• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Yang Dipertua dan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Yang Dipertua dan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak

Ipoh Satu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Yang Dipertua dan Ahli Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak yang baharu telah diadakan pada 12 September 2014 (Jumaat) bertempat di Istana Kinta 2, Ipoh pada jam 11.30 pagi.

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah menyampaikan watikah-watikah pelantikan tersebut. Yang Dipertua baharu Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ialahialah YABhg. Tan Sri Dato Dr. Wan Mohd Zahid Bin Mohd Noordin manakala Ahli Majlis Islam dan Adat Melayu Perak yang baharu ialah YBhg. Tan Sri DatoProf. Dr. Nordin Bin Kardi dan YABhg. Dato Seri Ismail Bin Shahudin.

Terdahulu taklimat ringkas telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk kepada Yang Dipertua baharu di bilik mesyuarat tingkat 2 dan seterusnya Majlis Ramah Mesra di antara Yang Dipertua bersama warga MAIPk.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.