Skim Latihan Kemahiran Asnaf MAIPk

Skim Latihan Kemahiran Asnaf MAIPk Tajaan Pengajian Kepada Anak-Anak Asnaf Fakir Dan Miskin Seramai 20 orang pelajar yang terpilih daripada anak-anak Asnaf Fakir dan Miskin seluruh Negeri Perak telah ditaja oleh pihak MAIPk bagi menjalani Kursus Teknologi Kimpalan di Technology Park Malaysia (TPM), Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Sebagai makluman, tempoh pengajian telah bermula sejak Januari 2015 yang lalu dan akan berakhir pada Jun 2015 ini. Sepanjang pengajian, para pelajar akan menjalani 2 jenis kursus iaitu yang pertama, CSWIP 6G Shielded Metal Arc Welding (SMAW) dan Gas Tungsten Arc Welding (GTAW) dan tahap pengajian mereka adalah di peringkat 1G hingga 6G. Marilah sama-sama kita doakan agar anak-anak ini berjaya dalam bidang yang diceburi seterusnya membantu keluarga untuk keluar dari kepompong kemiskinan, Insya-Allah.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.