• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Sumbangan Dana Zakat Kepada Unit Kerja Sosial Perubatan Hospital Negeri Perak

Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Bulanan Dan Bantuan Hari Raya Aidilfitri 1426H/2015

IPOH, 13 Julai 2015 Bertempat di Dewan Al-Ghazali, Kompleks Islam Darul Ridzuan telah diadakan Majlis Penyampaian Bantuan Kewangan Bulanan dan Bantuan Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015. Majlis tersebut juga bertujuan meraikan para asnaf penerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIPk.

Para penerima bantuan bukan sahaja menerima Bantuan Kewangan Bulanan, malahan sempena bulan Ramadhan yang mulia serta Syawal yang bakal menjelang tiba, pihak MAIPk turut menyediakan Bantuan Hari Raya Aidilfitri bagi meringankan beban para asnaf..Semoga mereka dapat bersama keluarga dengan penuh kegembiraan meraikan hari lebaran yang akan menjelang tiba.

Sehingga kini, hampir 7700 orang asnaf fakir, miskin dan muallaf telah menerima Bantuan Kewangan Bulanan di seluruh Negeri Perak Darul Ridzuan di mana kadar minimum bantuan adalah sebanyak RM250.00 sebulan. Secara langsung semua penerima bantuan ini juga akan menerima Bantuan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM200.00 bagi setiap penerima.

Bagi penerima bantuan di Daerah Ipoh sahaja, seramai 1,674 orang penerima bantuan telah menerima Bantuan Hari Raya Aidilfitri bagi tahun ini dengan jumlah keseluruhan bantuan adalah sebanyak RM334,800.00. Bagi jumlah keseluruhan Bantuan Hari Raya Aidilfitri pula ialah sebanyak RM1,522,800.00 telah diagihkan kepada penerima.

Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini dapat mengurangkan beban para asnaf seterusnya bersama keluarga tersayang meraikan hari lebaran.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.