• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Replika Cek Bantuan Hari Raya Aidilfitri 1436h/2015 Oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Di Masjid Batu 4, Gerik.

Majlis Penyerahan Replika Cek Bantuan Hari Raya Aidilfitri 1436h/2015 Oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak Di Masjid Batu 4, Gerik.

GERIK, 11 Julai 2015 Bertempat di Masjid Batu 4, Gerik Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur-Lah telah berangkat mencemar duli ke Majlis Penyerahan Replika Cek Bantuan Hari Raya Aidilfitri di Masjid Batu 4, Gerik. Bantuan tersebut adalah untuk golongan asnaf fakir dan miskin bagi Daerah Hulu Perak.

Penyerahan replika cek telah diterima oleh Penghulu-Penghulu Mukim sebagai mewakili mukim masing-masing di bawah Daerah Hulu Perak. Di antara mukim- mukim yang terlibat ialah Mukim Lenggong, Mukim Durian Pipit, Mukim Temelong dan Mukim Pengkalan Hulu. Semoga dengan bantuan yang disalurkan ini dapat mengurangkan beban para asnaf seterusnya bersama keluarga tersayang meraikan hari lebaran.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, Dr Amiruddin bin Muhamed turut hadir ke majlis tersebut. Semasa majlis tersebut DYMM Paduka Seri Sultan Perak turut merasmikan Masjid Batu 4, Gerik dan berbuka puasa bersama rakyat.

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.