• Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis Penyerahan Wang Zakat, Bantuan Bina Bumbung Rumah, Bantuan Bina Rumah Dan Bantuan Saguhati Kepada Masjid dan Surau Daerah Teluk Intan

Majlis Penyerahan Wang Zakat, Bantuan Bina Bumbung Rumah, Bantuan Bina Rumah Dan Bantuan Saguhati Kepada Masjid dan Surau Daerah Teluk Intan

Selasa -14 Julai 2015 telah diadakan majlis serahan wang zakat kepada asnaf fakir untuk bulan Januari hingga Julai 2015 Daerah Teluk Intan. Ustaz Bakri bin Lee selaku Pengurus Besar Bahagian Zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak telah menyampaikan bantuan tersebut kepada asnaf-asnaf yang terlibat. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Tuan Haji Noramat bin Abd Rahman, Pengurus Lembaga Tabung Haji. Sebanyak RM1,865,150.00 telah diagihkan oleh Pejabat MAIPk Teluk Intan kepada asnaf yang layak bagi tempoh bulan Januari sehingga Julai 2015.

Pada majlis tersebut juga, MAIPk telah menyumbangkan bantuan projek bumbung rumah kepada empat orang penerima iaitu Encik Mohd Adeep Izzaat Gurdeep bin Abdullah, Encik Mohd Haris bin Ahmad, Encik Ibrahim bin Mohamed Ros dan Encik Hambar bin Syafahi. Keseluruhan bantuan bumbung rumah berjumlah RM214 ribu.

MAIPk juga telah menyampaikan bantuan bina rumah kepada 15 orang asnaf dengan peruntukkan berjumlah RM756 ribu. Akhir sekali majlis penyampaian bantuan saguhati kepada 84 buah masjid dan surau dalam Daerah Hilir Perak dengan jumlah bantuan berjumlah RM126 ribu. Semoga kegembiraan dapat dinikmati oleh kesemua penerima-penerima bantuan tersebut

.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.